Salam dan apa khabar semua...semalam Cik jenjalan menjengah blog2
otai kita..Cik terpana kat blog Dunia Dari Dapur Kak Jee..beliau buat
Bergedil Daging..Cik terus telan ayaq liuq..kecurnya..then..balik dr
kerja..Cik terus tanya adik Cik..bahan2 ada x..beliau jawab
xde..so..kami pun pi ler membeli sedikit bahan yang tiada di Econsave,
Muar..sesampai je kat umah..terus Cik godek sorang2 kat dapur..dan jadi
le bergedil ayam pedas..Cik guna 8 biji kentang..dapat dalam 20 keping
lebih..sedap sgt..kalo nak resepi Bergedil Daging Kak Jee..bleh klik disini..okeh..xmo cerita panjang2..ni resepinya..
Bahan2nya:
- Sebungkus ayam cincang Ramly
- 8 biji kentang (direbus hingga empuk)
- 3 labu bawang besar (cincang)
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 10 biji cili padi (cincang)
- Daun sup secukupnya
- Daun bawang secukupnya
- Garam
- Serbuk perasa
- Telur secukupnya
Cara2nya:
- Rebus kentang sehingga empuk.
- Sementara menunggu kentang empuk. Cincang bawang besar, bawang putih dan cili padi.
- Hiris daun sup dan daun bawang.
- Setelah kentang empuk, toskan air sehingga kering. Lenyek kentang tersebut.
- Gaulkan dan semua bahan yang telah dicincang dan dihiris.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
- Sementara menunggu minyak panas, pukulkan telur untuk digunakan sebagai salutan kepada bergedil tersebut.
-
Goreng satu2 sehingga semua adunan itu habis. Then, tadaa..sedap
dimakan time panas2. Lebih sedap dicicah dgn sambal kicap..mmg mantap..
Terima kasih kepada Kak Jee kerana memberi Cik idea..Cubalah..anda pasti tertawan..cewah..terima kasih..
No comments:
Post a Comment