Apa yang cuba Che kongsikan adalah resepi kegemaran Che. Resepi tersebut adalah tunjuk ajar dari Bonda, Ahli Keluarga dan ada juga resepi dari Otai-otai Blogger masakan. Ada resepi yang memang selalu dimasak dan ada yang baru belajar..Terimalah seadanya…
Saturday, January 26, 2013
Kek Kukus Tanpa Telur
Yuhoo..apa khabar semua..hari ni Cik nak kongsi satu resepi kek..Cik dah lama x baut kek..mengidam plak..jd..Cik pun jenjalan kat blog2 terkenal..lalu..Cik jatuh cinta yang berdebap kepada Kek akak kita nie..terima kasih yang xterhingga kepada K.Nor kerana memberi tunjuk ajar..ok..kalo anda nak resepi penuhnya disini..yang paling best..kek ini tanpa telur..I like...bleh makan byk2..erm..impian untuk menguruskan badan, hanya tinggal impian..kek teramat le MOIST dan LEMBUT...aiyoooo...ok..xmo citer panjang2..sila tgk bahan2nya..Kak Nor..minta izin utk share yer..
Bahan2nya:
Bahan A:
- 125 g tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat - 1/4
- 2 sudu kecil serbuk penaik - 1sk
Bahan2 B:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit / pure cocoa) - 3/4 cawan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila @ 1 sudu kecil coffee emulco ( Cik guna dua2 sekali, tapi Cik gantikan Coffee Emulco dengan Nescafe)
- 2 cawan susu cair @ 1 3/4 susu segar
- 1/2 cawan minyak jagung / minyak sayuran (Cik gunakan Minyak Mazola)
- 1/4 sudu kecil @ secubit garam
Bahan C:
- 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon (Cik letak Apple Cider)
Cara2nya:
- Sediakan pengukus dan didihkan air.
- Satukan semua bahan B ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sehingga adunan larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
- Ayakkan bahan A dan kacau hingga rata.
- Setelah adunan B suam, satukan adunan tersebut bersama bahan A dengan menggunakan hand whisk @ rubber spatula. Kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
- Kemudian masukkan bahan C dan kacau lagi. Jangan terlebih kacau @ kacau terlalu lama.
- Tuangkan adunan tersebut kedalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega ataupun minyak sayuran.
- Tutupkan loyang dengan aluminium foil dan kukus sehingga 45 minit @ 1 jam.
- Setelah masak, tutupkan api dan biarkan selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek tersebut.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihiaskan dengan topping kesukaan anda.
p/s:
- Kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
- Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.
Terima kasih sekali lagi kepada K. Nor (Secubit Garam). Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment