Tuesday, January 8, 2013

Nasi Goreng Arwah Nenda

Selamat petang semua...ok..hari ni Cik nak cerita tentang satu makanan kegemaran Cik masa sekolah dulu..masa sekolah rendah..Cik bersekolah di Sek. Keb. Convent, Muar...setiap kali sebelum Cik nak pi sekolah..arwah nenek akan sediakan lunch utk Cik..dan ini adalah menu lunch yang paling ringkas disediakan..iaitu nasi goreng..selalunya..arwah nenek akan gorengkan telur itik @ telur angsa utk dimakan bersama nasi goreng tadi..mana le Cik xbulat..hehehe..tp yg penting sihat yer...ok..dari berceloteh panjang..jom semak resipi ni...




Bahan2nya:
1 mangkuk nasi putih sejuk (leraikan)
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang kecil (*)
3 ulas bawang putih (*)
100 gram ikan bilis (ambil sedikit utk di blend bersama bahan kisar)
2 biji telur ayam
Bahan perasa
Minyak utk memasak

Cara2nya:
1. Kisar bahan yang bertanda (*) bersama sedikit ikan bilis. Ambil 1 senduk bahan kisar dan gaulkan bersama dengan nasi yang telah dileraikan.
2. Goreng baki ikan bilis sehingga garing. Masukkan 2 biji telur dan kacau. Setelah garing angkat dan toskan.
3. Tumis baki bahan kisar sehingga garing, masukkn serbuk perasa. Kacau lagi sehingga naik bau. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
4. Masak sehingga nasi menjadi garing. Setelah itu, masukkan campuran telur dan ikan bilis tadi. Gaul rata.
5. Setelah anda berpuas hati dengan rasanya. Padamkan api dan dihidangkan panas.



~ Selamat Mencuba~

No comments:

Post a Comment