Tuesday, January 8, 2013

Sup Fuchuk Tauhu


Sup ini sedap dimakan panas2..bersama dengan nasi goreng pun sedap..cubalah...bahannya ada disekeliling kita aja...

Bahan2nya:
1 labu bawang holland - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada hitam
2 keping pucuk tauhu - potong seinci2
5 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
1. Didihkan air secukupnya, sekiranya suka berkuah lebih tambah yer. Setelah didih, masukkan bahan2 yg dimayang.
2. Apabila dah nmpk agak mendidih, masukkn kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Bila semua rasa dah cukup, baru masukkn pucuk tauhu. Sebelum tutup api, masukkan serbuk lada hitam.
3. Masak seketika, kemudian tutup api dapur. Sedia dihidang panas..Memang sedap makan panas2, rasa hangat sangat. Cubalah..

Cubalah resepi yang xseberapa ni..hasil air tangan anak dara yang baru nak blaja nak memasak..huhuhu..


No comments:

Post a Comment