Monday, December 24, 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Sayur Keladi

Apa khabar anda semua..Cik harap, anda semua sihat sentiasa...ok..hari ni Cik nak tunjukkan resepi yg pertama kali Cik masak..Cik xpernah masak siput sedut..kalo mkn tu selalu...hehehe..tanpa membuang masa..meh Cik tunjukkan resepinya..


Bahan2nya:
2 kilogram siput sedut (buang bahagian belakangnya)
20 biji cili api - *
2 biji cili hijau - *
2 biji bawang besar - *
5 ulas bawang putih - *
1 inci halia - *
1 inci kunyit - *
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugor
500 gram santan
250 ml air
1 ikat sayur keladi (rebus sehingga empuk)
garam dan serbuk perasa

Cara2nya
1. Setelah bahagian belakang siput dipotong, ianya hendaklah dibasuh bersih sehingga hilang bau dan warna lumpur. Ketepikan.
2. Blender bahan yang bertanda (*), sehingga hancur. Didihkan bersama 250 ml air sehingga mendidih.
3. Masukkan sayur keladi yang telah direbus sehingga empuk. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan santan, serbuk perasa dan garam. Biarkan didih seketika dan masukkan siput.
5. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan didih seketika. Apabila sudah cukup rasa. Padamkan api, hidangkan ketika panas. Memang syok..


Nota: Siput sedut tidak boleh kurang masak atau terlalu masak. Kerana ianya akan menjadi susah untuk disedut keluar. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment