Saturday, December 15, 2012

Ikan Keli Bawang Goreng

Ok..aritu Cik try menu ni..mmg sedap..selama ni..yg Cik tau, ikan keli berlada yg sambalnya agak basah..tp ni..mmg kering dan sedap..lg2 ada aroma bawang goreng..pergh mmg sedap...terima kasih kepada akk Azian..utk resepi lanjut sila klik..Meh Cik tunjukkan resepinya:


Bahan2nya:
- 5 ekor ikan keli (potong 2)
- 10-15 biji cili padi (Cik tambah, sbb nak pedas)*
- 10 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih (Cik guna 5 ulas)*
- 1/2 cawan bawang goreng (Cik lebihkan sikit)
- Garam dan gula secukup rasa


Cara2nya:
1. Ikan keli dicuci bersih. Kemudian, lumur dengan serbut kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) jgn lumat sangat. Cik amik kaedah lain, blender kasar.
3. Tumis bahan tumbuk/blender sehingga kekuningngan. Masukkan garam dan gula, masak lagi hingga garing.
4. Kecilkan api, masukkan ikan. Gaul seketika.
5. Masukkan bawang goreng, gaul lagi dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.




Terima kasih sekali lagi kepada kak Azian. Selamat mencuba kepada blogger yg lain..Mmg sedap..xrugi mencubanya..


No comments:

Post a Comment