Saturday, January 26, 2013

Kek Kukus Tanpa Telur


Yuhoo..apa khabar semua..hari ni Cik nak kongsi satu resepi kek..Cik dah lama x baut kek..mengidam plak..jd..Cik pun jenjalan kat blog2 terkenal..lalu..Cik jatuh cinta yang berdebap kepada Kek akak kita nie..terima kasih yang xterhingga kepada K.Nor kerana memberi tunjuk ajar..ok..kalo anda nak resepi penuhnya disini..yang paling best..kek ini tanpa telur..I like...bleh makan byk2..erm..impian untuk menguruskan badan, hanya tinggal impian..kek teramat le MOIST dan LEMBUT...aiyoooo...ok..xmo citer panjang2..sila tgk bahan2nya..Kak Nor..minta izin utk share yer..


Bahan2nya:

Bahan A:
- 125 g tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat - 1/4
- 2 sudu kecil serbuk penaik - 1sk

Bahan2 B:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit / pure cocoa) - 3/4 cawan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila @ 1 sudu kecil coffee emulco ( Cik guna dua2 sekali, tapi Cik gantikan Coffee Emulco dengan Nescafe)
- 2 cawan susu cair @ 1 3/4 susu segar
- 1/2 cawan minyak jagung / minyak sayuran (Cik gunakan Minyak Mazola)
- 1/4 sudu kecil @ secubit garam

Bahan C:
- 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon (Cik letak Apple Cider)

Cara2nya:
- Sediakan pengukus dan didihkan air.
- Satukan semua bahan B ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sehingga adunan larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
- Ayakkan bahan A dan kacau hingga rata.
- Setelah adunan B suam, satukan adunan tersebut bersama bahan A dengan menggunakan hand whisk @ rubber spatula. Kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
- Kemudian masukkan bahan C dan kacau lagi. Jangan terlebih kacau @ kacau terlalu lama.
- Tuangkan adunan tersebut kedalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega ataupun minyak sayuran.
- Tutupkan loyang dengan aluminium foil dan kukus sehingga 45 minit @ 1 jam.
- Setelah masak, tutupkan api dan biarkan selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek tersebut.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihiaskan dengan topping kesukaan anda.

p/s:
- Kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
- Kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Terima kasih sekali lagi kepada K. Nor (Secubit Garam). Selamat mencuba.

Friday, January 11, 2013

Lempeng Kentang dan Keema Daging



Salam dan Selamat pagi..Ok..hari ni Cik nak update dgn resepi Cik yang xseberapa nie..ye le..tuan punya badan kan agak bulat..so..makan je le kejenya...berat makin naik..aiyoo..bila mau kurus ini mcm...ok..Lempeng ni Cik buat ketika Cik amik half day tempohari..kengkononnya..nak buat jemput2 kentang..last2..jd lempeng kentang..


Lempeng Kentang:
Bahan2nya:
- 2 biji kentang disagat memanjang (*)
- 1 labu bawang besar dicincang (*)
- sedikit daun sup dan daun bawang (*)
- Tepung gandum
- Sedikit garam
- Air untuk membancuh

Cara2nya:
- Bancuh tepung bersama air dan garam sehingga menjadi batter yang agak likat..tetapi jgn terlalu pekat.
- Masukkan bahan2 yang bertanda (*), gaul sehingga rata dan mesra.
- Kemudian tuangkan adunan keatas kuali non stick pan yang panas, dan biarkan ianya sehingga masak. Ulangi proses sehingga selesai.
- Hidangkan bersama sambal tumis, kari atau apa sahaja pencicah yang anda suka. Hari tu kebetulan Bonda Cik ada masak Keema..so..Cik makan dgn keema..


Keema Daging:
Bahan2nya:
- Sebungkus daging cincang
- Seinci halia (*)
- 5 ulas bawang putih (*)
- 2 labu bawang besar (*)
- Rempah menumis
- 3 sudu besar serbuk kari Baba's
- 2 biji kentang di dadu
- 1 cawan air
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk perasa
- 10 biji cili padi
- Minyak untuk menumis

Cara2nya:
- Blendkan bahan2 yang bertanda (*) dan tumis bersama rempah menumis.
- Setelah agak garing, masukkan daging cincang dan juga kentang yang telah didadu. Biarkan sehingga kentang agak empuk.
- Setelah itu, bancuh kan serbuk kari dengan secawan air dan tuangkan kedalam kuali, biarkan ianya menjadi kering dan pecah minyak.
- Bila Keema agak kering, masukkan serbuk perasa dan garam. Rasakan keenakkannya, sekiranya kurang tambah sedikit lagi.
- Kemudian, masukkan cili padi dan kacau lagi. Terpulang pada anda, jika ingin ianya berkuah, jangan bg ianya kering. Sekiranya ingin kering, masak sehingga agak garing.
- Siap dihidangkan, boleh dimakan bersama, lempeng, nasi panas atau roti.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 10, 2013

Kek Cokelat Kukus CMG-DTS


Apa khabar blogger sekalian..Cik sentiasa berharap, kita akan sentiasa sihat dan gembira..Cik sebenarnya kurang sihat skit..badan terasa lemau je..letih..rasanya..nak bercuti le...akan difikirkan..

Ok2..hari tu Cik terasa nak makan kek cokelat kukus..terasa gian plak..jd Cik mencuba le resepi daripada blogger2 masakan yang lain..Cik pun blog walking dan singgah di blog Dapur Tanpa Sempadan-Cik Mat Gebu..Cik pun mencuba le resepi daripada beliau...resepi orginal..klik sini...CMG..Cik minta izin untuk share resepi yer..




Bahan2nya:

- 1 cawan tepung gandum (*)
- 1/2 cawan serbuk koko (*)
- 1 sudu kecil serbuk baking powder (*)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (*)
- 1 cawan gula perang @ soft brown sugar
- 1/2 cawan minyak jagung (Cik guna minyak Mazola)
- 1 1/4 cawan air dari peti sejuk
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil mocha flavor (Cik ganti dgn pati Nescafe)
- Secubit garam
- 1 sudu kecil cuka makan @ jus lemon (Cik guna Apple Cider)


Cara2nya:
- Didihkan air didalam periuk pengukus.
- Ayakkan bahan bertanda (*). Kemudian campurkan bersama dengan gula perang dan garam tadi. Gaul sehingga rata.
- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanila dan pati nescafe tadi. Kemudian kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
- Kemudian, masukkan cuka @ jus lemon dan kacau lg. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser minyak jagung. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan sebelum dihidangkan.

p/s: Kek ini juga boleh dibakar selain daripada dikukus.


Cik nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada, CMG-DTS diatas resepi ini..sungguh sedap dan lembut keknya...anda cubalah..pasti gembira dengan hasilnya..

Wednesday, January 9, 2013

Kerang Tumis Pedas


Apa khabar semua..Cik harap anda semua sihat sentiasa..kerang ni adalah menu main bedal je..sbb..nak makan remis sebenarnya..tp..jumpa kerang..xpe..janji makanan laut..dan bercengkerang..huhuhu..sedap sgt..pedas menyengat..makan dgn nasi pepanas..mmg menyirap segala kepedasannya..meh Cik kongsikan resepinya yer..

Bahan2nya:
- 2 kilo kerang (Celur)
- 2 labu bawang besar (*)
- 10 ulas bawang putih (*)
- 1/2 inci halia (*)
- Segenggam cili padi kampung @ cili padi thai (*)
  - ikut kepedasan anda yer..Cik campur kedua2 cili ni..
- Segenggam cili kering (*)

- 2 batang serai (hiris kasar)
- 1 sb pes tomyam
- Minyak untuk menumis
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
- Celur kerang dahulu setelah dicuci bersih. Ketepikan. Kisarkan bahan yang bertanda (*) sehingga halus.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai dan tumis lagi. Sebelum agak garing, masukkan pes tom yam dan tumis lagi.
- Masukkan gula, serbuk perasa dan garam. Agak rasanya mengikut selera anda.
- Setelah rasanya cukup, masukkan kerang yang telah dicelur. Masak lagi dalam 15 minit. Tutup api dapur anda, sedia dihidang panas.


Jemputlah mencuba, air tangan anak dara yang baru bertatih memasak. Memang cukup pedas dan sedap.

Tuesday, January 8, 2013

Sup Fuchuk Tauhu


Sup ini sedap dimakan panas2..bersama dengan nasi goreng pun sedap..cubalah...bahannya ada disekeliling kita aja...

Bahan2nya:
1 labu bawang holland - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada hitam
2 keping pucuk tauhu - potong seinci2
5 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
1. Didihkan air secukupnya, sekiranya suka berkuah lebih tambah yer. Setelah didih, masukkan bahan2 yg dimayang.
2. Apabila dah nmpk agak mendidih, masukkn kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Bila semua rasa dah cukup, baru masukkn pucuk tauhu. Sebelum tutup api, masukkan serbuk lada hitam.
3. Masak seketika, kemudian tutup api dapur. Sedia dihidang panas..Memang sedap makan panas2, rasa hangat sangat. Cubalah..

Cubalah resepi yang xseberapa ni..hasil air tangan anak dara yang baru nak blaja nak memasak..huhuhu..


Nasi Goreng Arwah Nenda

Selamat petang semua...ok..hari ni Cik nak cerita tentang satu makanan kegemaran Cik masa sekolah dulu..masa sekolah rendah..Cik bersekolah di Sek. Keb. Convent, Muar...setiap kali sebelum Cik nak pi sekolah..arwah nenek akan sediakan lunch utk Cik..dan ini adalah menu lunch yang paling ringkas disediakan..iaitu nasi goreng..selalunya..arwah nenek akan gorengkan telur itik @ telur angsa utk dimakan bersama nasi goreng tadi..mana le Cik xbulat..hehehe..tp yg penting sihat yer...ok..dari berceloteh panjang..jom semak resipi ni...




Bahan2nya:
1 mangkuk nasi putih sejuk (leraikan)
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang kecil (*)
3 ulas bawang putih (*)
100 gram ikan bilis (ambil sedikit utk di blend bersama bahan kisar)
2 biji telur ayam
Bahan perasa
Minyak utk memasak

Cara2nya:
1. Kisar bahan yang bertanda (*) bersama sedikit ikan bilis. Ambil 1 senduk bahan kisar dan gaulkan bersama dengan nasi yang telah dileraikan.
2. Goreng baki ikan bilis sehingga garing. Masukkan 2 biji telur dan kacau. Setelah garing angkat dan toskan.
3. Tumis baki bahan kisar sehingga garing, masukkn serbuk perasa. Kacau lagi sehingga naik bau. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
4. Masak sehingga nasi menjadi garing. Setelah itu, masukkan campuran telur dan ikan bilis tadi. Gaul rata.
5. Setelah anda berpuas hati dengan rasanya. Padamkan api dan dihidangkan panas.



~ Selamat Mencuba~

Thursday, January 3, 2013

Bergedil Ayam Pedas

Salam dan apa khabar semua...semalam Cik jenjalan menjengah blog2 otai kita..Cik terpana kat blog Dunia Dari Dapur Kak Jee..beliau buat Bergedil Daging..Cik terus telan ayaq liuq..kecurnya..then..balik dr kerja..Cik terus tanya adik Cik..bahan2 ada x..beliau jawab xde..so..kami pun pi ler membeli sedikit bahan yang tiada di Econsave, Muar..sesampai je kat umah..terus Cik godek sorang2 kat dapur..dan jadi le bergedil ayam pedas..Cik guna 8 biji kentang..dapat dalam 20 keping lebih..sedap sgt..kalo nak resepi Bergedil Daging Kak Jee..bleh klik disini..okeh..xmo cerita panjang2..ni resepinya..



Bahan2nya:
- Sebungkus ayam cincang Ramly
- 8 biji kentang (direbus hingga empuk)
- 3 labu bawang besar (cincang)
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 10 biji cili padi (cincang)
- Daun sup secukupnya
- Daun bawang secukupnya
- Garam
- Serbuk perasa
- Telur secukupnya

Cara2nya:
- Rebus kentang sehingga empuk.
- Sementara menunggu kentang empuk. Cincang bawang besar, bawang putih dan cili padi.
- Hiris daun sup dan daun bawang.
- Setelah kentang empuk, toskan air sehingga kering. Lenyek kentang tersebut.
- Gaulkan dan semua bahan yang telah dicincang dan dihiris.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
- Sementara menunggu minyak panas, pukulkan telur untuk digunakan sebagai salutan kepada bergedil tersebut.
- Goreng satu2 sehingga semua adunan itu habis. Then, tadaa..sedap dimakan time panas2. Lebih sedap dicicah dgn sambal kicap..mmg mantap..


Terima kasih kepada Kak Jee kerana memberi Cik idea..Cubalah..anda pasti tertawan..cewah..terima kasih..