Monday, December 24, 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Sayur Keladi

Apa khabar anda semua..Cik harap, anda semua sihat sentiasa...ok..hari ni Cik nak tunjukkan resepi yg pertama kali Cik masak..Cik xpernah masak siput sedut..kalo mkn tu selalu...hehehe..tanpa membuang masa..meh Cik tunjukkan resepinya..


Bahan2nya:
2 kilogram siput sedut (buang bahagian belakangnya)
20 biji cili api - *
2 biji cili hijau - *
2 biji bawang besar - *
5 ulas bawang putih - *
1 inci halia - *
1 inci kunyit - *
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugor
500 gram santan
250 ml air
1 ikat sayur keladi (rebus sehingga empuk)
garam dan serbuk perasa

Cara2nya
1. Setelah bahagian belakang siput dipotong, ianya hendaklah dibasuh bersih sehingga hilang bau dan warna lumpur. Ketepikan.
2. Blender bahan yang bertanda (*), sehingga hancur. Didihkan bersama 250 ml air sehingga mendidih.
3. Masukkan sayur keladi yang telah direbus sehingga empuk. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan santan, serbuk perasa dan garam. Biarkan didih seketika dan masukkan siput.
5. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan didih seketika. Apabila sudah cukup rasa. Padamkan api, hidangkan ketika panas. Memang syok..


Nota: Siput sedut tidak boleh kurang masak atau terlalu masak. Kerana ianya akan menjadi susah untuk disedut keluar. Selamat mencuba..

Monday, December 17, 2012

Cucur Kentang cara Cik Nazha

Hari ni..Cik nak post entry ttg masak lagi..aiyoo..Ms Bulat ni kan..betul tau..makan je keje dia..hehehe..ok..hari ni Cik nak post tentang makanan yang menjadi kegemaran keluarga Cik, xkira le untuk sarapan pagi, minum petang @ time memalam..agak leceh tp..sedap...xyah crita panjang..meh2 kita tgk bahan2nya dan cara membuatnya...


Bahan2nya:
- 2 biji kentang bersaiz sederhana (didadu kecil2)
- 1 labu bwg besar (didadu kecil2)
- 3 biji bawang putih (dicincang)
- Segenggam ikan bilis (ditumbuk kering @ diblender kering kasar)
- Sedikit garam dan gula
- Daun bawang (dipotong kasar)
-Tepung gandum secukupnya

Cara2nya:
- Campur semua bahan menjadi batter.
- Panaskan minyak, goreng jemput2 anda sehingga kekuningan..
- Hidangkan panas2, bersama sos kegemaran anda. Rasanya enak ditambah dengan harum bau daun bawang.

Selamat mencuba.


Saturday, December 15, 2012

Ikan Keli Bawang Goreng

Ok..aritu Cik try menu ni..mmg sedap..selama ni..yg Cik tau, ikan keli berlada yg sambalnya agak basah..tp ni..mmg kering dan sedap..lg2 ada aroma bawang goreng..pergh mmg sedap...terima kasih kepada akk Azian..utk resepi lanjut sila klik..Meh Cik tunjukkan resepinya:


Bahan2nya:
- 5 ekor ikan keli (potong 2)
- 10-15 biji cili padi (Cik tambah, sbb nak pedas)*
- 10 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih (Cik guna 5 ulas)*
- 1/2 cawan bawang goreng (Cik lebihkan sikit)
- Garam dan gula secukup rasa


Cara2nya:
1. Ikan keli dicuci bersih. Kemudian, lumur dengan serbut kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) jgn lumat sangat. Cik amik kaedah lain, blender kasar.
3. Tumis bahan tumbuk/blender sehingga kekuningngan. Masukkan garam dan gula, masak lagi hingga garing.
4. Kecilkan api, masukkan ikan. Gaul seketika.
5. Masukkan bawang goreng, gaul lagi dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.




Terima kasih sekali lagi kepada kak Azian. Selamat mencuba kepada blogger yg lain..Mmg sedap..xrugi mencubanya..


Friday, December 14, 2012

Mee Hoon Sup a.k.a Bakso Style Aku..

Ni sebenarnya resepi aritu..Cik lmbt post..sbb..Cik pikir banyak kali owh mau post..ye ler..Cik bukannya pandai masak sgt..tp..bleh ler untuk mengisi perut dan memenuhi selera Cik...meh kita tgk resepinya..

Bahan2nya:

-Untuk Kuah
20 biji bebola ayam - dibelah dua
10 biji bebola ikan - dibelah dua
2 keping dada ayam - dihiris nipis
1 kiub ayam
5 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
Garam
Serbuk perasa
Lada sulah / lada hitam
Air secukupnya
Cara2nya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan air dan didihkan..selepas itu, masukkan kiub ayam dan dibiarkan didih lagi..
2. Setelah itu, masukkan bebola ayam, bebola ikan, serbuk perasa, garam dan lada sulah. Kalau kuah xcukup, tambah lagi air..setelah kuah mendidih dan rasanya cukup serba serbi..matikan api dan hidang bersama dengan bee hoon, dan yang lain2..


-Untuk lada kicap
20 biji cili padi - dipotong kecil2
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit air masak
Cara2nya
- Potong cili padi bulat2..tambahkan kicap dan sedikit air untuk mencairkan kicap tersebut..biar ianya cukup rasa..


- Untuk hiasan
Daun bawang
Daun sup
Sawi yang di celur





Wednesday, December 12, 2012

Sambal Goreng Asam Untuk Ibu Yang Berpantang

Selamat pagi...tadi Cik ada post masakan kegemaran keluarga kami, iaitu Sambal Goreng Asam, boleh rujuk ye..tapi..ni Cik nak bagi khas untuk ibu2 didalam pantang..mereka pun boleh makan sambal ni dengan nasi panas..terasa sedap dan hangat...sebab ianya ditambah dengan hirisan halia muda..Cik paling suka halia...xkira muda @ tua..termasuk le halia bara..ok2..xmo cerita lebih2..ni resipinya..tp minta maaf le..xde gambarnya...

Bahan2nya:
- 3 labu bawang besar holland (dimayang wedges)
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 inci halia muda (hiris mcm batang mancis)
- 100 gram ikan bilis

- sedikit air asam jawa
- garam
- serbuk perasa

Cara2nya:
- Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
- Tumiskan halia muda, bawang holland, bawang putih sehingga agak layu sedikit. Gaul sehingga rata..
- Masukkan air asam jawa dan gaul rata, setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah cukup semua rasanya..tutup api..
-Akhir sekali, masukkan ikan bilis yg telah digoreng dan gaul rata..siap untuk dihidang bersama nasi panas....SELAMAT MENCUBA...

Sambal Goreng Asam

Keluarga kami mempunyai satu menu istimewa yang mmg kalo xtau nak masak apa..resepi tu le yg menjadi pilihan kami sekeluarga..ianya mempunyai rasa pedas, masam dan sedap sgt...kita bleh tambah tomato muda, yg btul2 hijau, tambah tempe yang digoreng..sedap sgt2..makan dgn nasi panas2..meleleh air mata...huhuhu..ni sambil Cik menaip nie..dah telan air liur nie..xpe2..jom2...biar Cik tunjukkan satu persatu stepnya...




Bahan2nya:
- 3 labu bawang besar holland (dimayang wedges)
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 30 biji cili padi (potong bulat2)
- 100 gram ikan bilis
- 5 keping tempe (di hiris nipis)
- sedikit air asam jawa
- garam
- serbuk perasa

Cara2nya:
- Goreng ikan bilis dan tempe sehingga garing dan ketepikan.
- Tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga agak layu sedikit, kemudian..masukkan cili padi yang telah dipotong bulat2. Gaul sehingga rata..
- Masukkan air asam jawa dan gaul rata, setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah cukup semua rasanya..tutup api..
-Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tempe yg telah digoreng dan gaul rata..siap untuk dihidang bersama nasi panas atau bubur nasi....SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, December 11, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api Tempoyak

Hola...arini Cik nak kongsi satu resipi yg paling Cik suka masak dan menjadi kegemaran Cik serta beberapa org ahli keluarga Cik..teng..teng...Pucuk ubi..slalunya kan..Cik akan letak memacam dlm tu..kalo pi pasar jumpa petai..Cik masukkan petai..kalo pi pasar jumpa tempoyak..Cik masukkan tempoyak..sedappppppnya....kalo masak secekak je..konpem Cik bleh abiskn sorang...Cik suka yg agak berkuah..sebab..leh hirup panas2..

Ni resepi yg Cik nak kongsi dengan anda semua....

Bahan2nya adalah:
- Secekak pucuk ubi
- 100 gram petai (Dibelah dua)
- 500 gram santan
- 20 biji cili api (Kisar)
- 1 sudu besar serbuk kunyit (Kisar)
- 100 gram ikan bilis (Kisar)
- 5 biji bawang merah (Kisar)
- 3 biji bawang putih (Kisar)
- 3 sudu besar tempoyak

Cara2nya:
1. Rebus pucuk ubi sampai empuk. Toskan air sehingga kering dan hiris nya kasar2.
2. Didihkan bahan kisar bersama tempoyak..kemudian..masukkan petai..
3. Setelah bau enak menyelubungi dapur..masukkn santan dan kecilkan api..kalo rasa kuahnya agak pekat..tambah skit air....
4. Setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa..akhir sekali..masukkan pucuk ubi..dan siap utk dimakan..hidangkan bersama nasi yg panas...pergh..marvellous.....enak skali....