Bahan-Bahan
- 1 cawan mentega
- 1/2 cawan gula kastor (kalo ikutkan 3/4 cawan, Cik kurangkan)
- 3 biji telur
- 1/4 cawan susu pekat
- 1/4 cawan serikaya
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar koko (Cik xletak)
- 1 sudu kecil vanila
- Sedikit pewarna makanan
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
- Bila sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
- Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.
No comments:
Post a Comment