Tuesday, August 27, 2013

Kek Pelangi Kukus

Assallamualaikum..dah lama Cik x update blog Cik...sibuk sgt...ok..Cik geram tgk gmbr kek yg telah diupdate oleh salah seorang pengikut FB Buku Resepi..Mamar Hafiz nama dia...tp..Cik xder le buat warna pelangi...cuma kaler2 soft je...cubalah..sedap sgt..Cik buat 2 versi warna...



Bahan-Bahan
  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kastor (kalo ikutkan 3/4 cawan, Cik kurangkan)
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko (Cik xletak)
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna makanan
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (yg ni cik tak tambah susu pun, namun begitu kek tetap lembut).
Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.