Bahan2nya:
25 gram rumpai laut kering direndam sehingga kembang selama 4 jam..tos dan potong kepada saiz yg sesuai.
1 biji timun zukini - racik sebesar batang mancis
1 labu bawang besar - mayang
2 kuntum bunga kantan - mayang
2 biji mangga muda / epal hijau - racik sebesar batang mancis
10 biji cili api - mayang
1 biji tomato - buang biji dan dadu
1 genggam udang kering - rendam seketika
Limau nipis
Garam & gula
Cara2nya:
1. Campurkan semua bahan yang telah dipotong termasuk rumpai laut dan udang kering ke dalam mangkuk.
2. Masukkan garam, gula dan air perahan limau nipis. Gaul sekata dan biarkan seketika supaya mesra dan meresap rasanya.
3. Sedia dinikmati.
Kak Hazila ada letak daun pegaga..tp..Cik xdpt cari hari tu..tetapi rasanya mmg sedap...terasa rangup2 dr timun dan epal hijau/mangga muda..rasa kenyal2 dr rumpai laut dan segar..masam, manis dan masin..semua cukup rasa..Cik ratah begitu sahaja tanpa nasi..sedap sangat..selamat mencuba...